Welcome To Nusantara Creation | Fully operated by Finn Artisan Enterprise

Your Cart

Your cart is currently empty

Published 2025-09-20 10:34:40 by Ahmad Fitri

Nusantara Creation di MYMIKRO25: Program Usahawan Mikro oleh AKPK

Baru-baru ni, Nusantara Creation diberi peluang, melalui jemputan daripada Yayasan Hijrah Selangor (YHS), untuk turut serta dalam program MYMIKRO25 yang dianjurkan oleh AKPK. Program ini berlangsung di Asia School of Business, Kuala Lumpur, dan menghimpunkan ramai usahawan mikro dari pelbagai bidang.

Sebagai salah seorang pempamer, kami membuka booth khas untuk memperkenalkan koleksi produk kayu jati dan mahogany – daripada kitchenware eco-friendly sehinggalah ke barangan hiasan rumah. Sepanjang program, pengunjung bukan saja dapat lihat sendiri keunikan produk kami, malah sempat berkongsi feedback terus dengan team Nusantara Creation.

Program MYMIKRO25 kali ini memang beri pengalaman yang berharga. Selain dapat exposure kepada audiens yang lebih besar, ia juga jadi ruang networking bersama usahawan lain, tambah ilmu daripada slot perkongsian, dan mengukuhkan lagi keyakinan kami untuk terus membawa produk kayu Nusantara ke pasaran yang lebih luas.